Pelan Tindakan Asthma!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan U.n.i Klinik. Apa khabar semua? Kami doakan rakan-rakan diberikan kesihatan yang baik selalu hendak-Nya.

Dah lama rasanya tak share Tips for You and I, rindu di hati. Jadi, harini kami nak berkongsi tentang penyakit ‘asthma’. Apa yang anda perlu lakukan sekiranya seseorang terkena serangan asthma :O Tunggu apa lagi, jom baca!

Sekiranya anda terkena atau mendapati seseorang terkena serangan asthma, ikut 5 langkah mudah ini. Ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang.

  1. Bawa bertenang. Duduk tegap dan jangan berbaring.
  2. Ambil nafas dengan perlahan.
  3. Ambil satu puff daripada inhaler biru (reliever) anda setiap 1 minit. Gunakan spacer jika ada, kerana ia lebih berkesan.
    • Bagi mereka yang 6 tahun ke atas, anda boleh mengambil sehingga 10 puff dalam masa 10 minit.
    • Bagi anak-anak bawah 6 tahun, mereka boleh mengambil sehingga 6 puff dalam masa 10 minit.
  4. Dapatkan bantuan dengan segera. Pergi ke klinik / hospital berdekatan.
  5. Ulang langkah 3 jika bantuan belum tiba.

Ingat sekiranya seseorang mendapat serangan asthma, jangan tinggalkan mereka berseorangan, dan jangan memandu dalam keadaan serangana asthma berlaku.

Bagaimana anda nak tahu yang itu adalah serangan asthma? Berikut adalah tanda-tanda merah bagi seseorang yang mempunyai asthma:

  1. Batuk-batuk
  2. Nafas berbunyi siul (wheeze)
  3. Sesak nafas
  4. Sakit dada
  5. Tercungap-cungap sehingga susah untuk bercakap
  6. Terlalu sesak sehingga tidak mampu berjalan, tidur atau makan
  7. Bibir menjadi biru.

Sekiranya anda mempunyai asthma, bercakaplah dengan doktor anda mengenainya. Kefahaman tentang asthma sangat penting bagi pesakit untuk mengelakkan daripada ia bertambah teruk. Di U.n.i Klinik kami menyediakan konsultasi dan pendidikan tentang pelan tindakan asthma. Kami juga menyediakan rawatan nebulizer.

Hubungi kami di talian 013-986 1488 atau berkunjung terus ke klinik.

Pautan lanjut: http://www.asthmamalaysia.org/sites/default/files/publications/AsthmaMalaysia_ActionPlan.pdf

Menentang Jerawat!!

Lagi seminggu nak pergi temu duga, lagi dua hari nak jumpa Mak Mertua, hah sekejap lagi muncullah dia. Tak habis-habis asyik nak menjatuhkan air muka kita T.T Siapa dia tu? Tak lain tak bukan jerawat.

Jadi di TIPS for U and I harini, kami nak berkongsi sedikit rawatan asas untuk masalah jerawat yang tidak begitu teruk.

Ayuhlah!

Rawatan masalah jerawat berbeza-beza bergantung kepada tahap keterukan. Masalah jerawat boleh diubati dengan efektif namun seringkali memakan masa yang lama.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat minimal:

  1. Jauhkan diri daripada berada di tempat lembab terlalu lama seperti sauna, dapur yang tiada pengudaraan dan iklim tropika.
  2. Anda boleh mencuba diet rendah glycaemic, rendah protein dan rendah tenusu. Jauhkan daripada memakan supplement protein/amino acid lebih-lebih lagi jika ia mengandungi leucine.
  3. Makan banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
  4. Jika anda merokok, berhentilah!! Nikotin menahan pengeluaran sebum yang boleh menyebabkan terjadinya whitehead dan blackhead.
  5. Kurangkan penggunaan minyak dan alat make-up
  6. Elakkan dari melakukan rawatan muka yang kasar kepada kulit.
  7. Jangan memandai nak sentuh dan picit jerawat. Aiiippp!
  8. Kajian menunjukkan pendedahan kepada cahaya matahari melalui tingkap gelas dapat membantu mengawal masalah jerawat.

Kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat sederhana, mereka boleh mendapatkan rawatan kulit (topical) seperti antiseptic wash, salicyclic acid, benzoyl peroxide dan antibiotic cream.

Berjumpalah dengan doktor atau pakar kulit sekiranya anda mempunyai masalah jerawat yang teruk atau jerawat anda tidak hilang-hilang selepas 6 minggu.

Haaa sampai situ saja untuk hari ini. Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam. Kepada semua rakan-rakan U.n.i Klinik yang beragama Islam, jom selawat ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W

Acanthosis Nigricans

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada ke rakan-rakan U.n.i Klinik yang rindu dan bertanya, “Aish mana Tips 4 U.n.i ni lama dah tak update”. T.T

Asif jiddan, hari ini kami nak berkongsi tentang “Acanthosis Nigricans.” Apa benda Acanthosis Nigricans ni? Nak tahu jom sambung baca. Ayuhlah!

Haaaa, Acanthosis Nigricans ni bukan pasai kulit berdaki tau… Penyakit ni disebabkan oleh kulit yang terlebih tebal dan pigmentasi (hyper-pigmentation & hyperkeratosis of skin). Terjadi selalunya di lipatan kulit seperti ketiak, celah kangkang dan dibelakang leher. Acanthosis Nigricans boleh menjadi tanda-tanda terdapatnya penyakit lain.

Acanthosis Nigricans berkait dengan hormon insulin dalam badan. (insulin resistance) Antara sebab-sebab berlakunya Acanthosis Nigricans adalah seperti:-

  1. Obesiti
  2. Sindrom-sindrom / penyakit endokrin seperti kencing manis, polycystic ovary syncrime (PCOS), Cushing syndrome.
  3. Kesan daripada ubat-ubatan seperti insulin, steroid, dan rawatan hormon.
  4. Keturunan (hereditary benign acanthosis nigricans)
  5. Barah atau kanser. Barah yang paling lazim dikaitkan dengan Acanthosis Nigricans adalah kanser usus (90%).

Cara rawatan penyakit kulit ini adalah dengan merawat penyebab asal. Antaranya adalah dengan:-

  1. Menurunkan berat badan bagi obesiti
  2. Membuang atau merawat kanser
  3. Merawat lebihan insulin dengan diet atau ubat-ubatan.
  4. Berhenti dari mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan Acanthosis Nigricans.

Haaa itu saja na untuk hari ini. Maaflah dah lama tak update. Kalau rindu boleh hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.