10 small steps for better heart health!

Mengikut trend di Malaysia, penyakit jantung iskemik merupakan antara punya utama kematian. Lebih merisaukan apabila bilangan kes semakin meningkat saban tahun.

Penyakit jantung iskemik terjadi apabila jantung tidak mendapat darah dan oksigen yang mencukupi oleh sebab salur darah yang tersumbat. Hal ini boleh dielakkan dengan gaya hidup yang lebih sihat dan juga pemantauan berkala faktor-faktor seperti tekanan darah, jumlah kolesterol dan gula dalam darah.

Hari ini di Tips You and I, kami nak berkongsi sedikitlah langkah-langkah kecil yang boleh kita amalkan untuk mempunyai jantung yang lebih sihat.

  1. Take a 10-minute walk
  2. Mulakan senaman angkat berat walaupun hanya 1kg.
  3. Makan ekstra 1 buah atau sayuran sehari
  4. Makan sarapan berkhasiat seperti buah dan bijiran.
  5. Berhenti minum air manis.
  6. Makan kekacang
  7. Tambahkan makanan laut atau ikan laut dalam (deepsea) dalam diet.
  8. Lakukan senaman pernafasan. Breath in deep and slow.

Tips terakhir daripada kami adalah untuk sentiasa bersyukur. Count your blessing! Bersyukur dengan kehidupan anda adalah cara yang sangat mujarab untuk memupuk nilai-nilai positif yang terbukti dapat memberikan kesihatan yang lebih baik, umur yang lebih panjang. Baran, risau dan anxiety pula dapat memberikan anda tekanan darah yang tinggi dan penyakit jantung.

U.n.i Klinik ada menawarkan pakej istimewa untuk saringan kesihatan jantung ada pada bulan Disember. Hanya dengan RM50 ringgit, anda dapat membuat saringan kesihatan kardiovaskular. Hubungi kami di talian 0139861488 untuk maklumat lanjut. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *