5 Tips mudah untuk pemakanan yang lebih sihat ;)

Assalamualaikum dan apa khabar kawan-kawan uniklinik. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru. Ayuh kita azamkan di tahun baru ini, untuk lebih menjaga kesihatan diri.

Mulakanlah dengan gaya pemakanan yang lebih sihat, kerana anda apa yang anda makan. Gittuuuhhhh!

Tip No 1 : Perbanyakkan minum Air.

Minum air terkadang dapat mengurangkan rasa lapar tanpa menambah kalorie. Minumlah air kosong atau air yang mengandungi kurang gula.

Tip No 2 : Berhenti snacking di waktu malam.

Makan jajan atau makanan ringan di depan TV merupakan salah satu nikmat dunia yang tiada siapa dapat nafikan. Namun begitu, aktiviti ini memberi ekstra kalori yang badan kita tidak perlukan.

Sekiranya anda ingin snacking juga, snackinglah secara sihat. Pilihlah snack yang berkalorie kurang daripada 100 kcal dan sihat. Berikut adalah contoh:-

Tip No 3 : Nikmatilah makanan kegemaran anda.

Tiada salah untuk anda menikmati makanan kegemaran anda, namun begitu, berhemahlah dalam kuantiti. Kalau sebelum ini anda memakan sebalang coklat, sekarang cukuplah dengan hanya sebatang coklat. Anda masih boleh menikmati makanan kegemaran – tetapi sederhana adalah kunci.

Tip no 4 : Saiz hidangan kecil namun kerap.

Kajian menunjukkan mereka yang makan 4-5 hidangan sehari lebih senang untuk mengawal selera dan berat. Saintis obesiti menyarankan untuk membahagikan kalorie harian kepada beberapa hidangan kecil.

Tips no 5 : Makan protein di setiap hidangan.

Protein dapat membuatkan anda berasa kenyang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak. Protein juga dapat membantu mengekalkan jisim otot dan mempercepat pembakaran lemak. Jadi, jangan lupa untuk makan protein sihat seperti makanan laut, daging, putih telur, yogurt, cheese, soya, kekacang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *