Aduh-aduh batu karang! Aduh-aduh batu karang!

Anda mungkin tidak tahu, tetapi seperti juga waktu, batu karang lambat laun akan berlalu. Namun begitu, bagi mereka yang pernah mendapat sakit batu karang, seksa azab dia hanya Allah yang tahu. :'(

Jadi lebih baik mencegah daripada mengubati bukan? Percayalah, dengan pemakanan yang betul, minum air yang banyak dan pengamalan ubat yang tepat dapat mengurangkan risiko anda mendapatkan batu karang.

Antara sebab/faktor mengapa seseorang mendapatkan batu karang adalah:

  1. Jangkitan kuman buah pinggang
  2. Lebihah mineral oxalate/calcium dalam sistem badan
  3. Sejarah keluarga
  4. Obesiti
  5. Gout
  6. Sekiranya anda pernah melakukan pembedahan gastric bypass atau pembedahan usus lainya.
  7. Hipertiroidisme
  8. Penyakit buah pinggang seperti polycystic kidney disease.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko dari terkena penyakit batu karang?

  1. Minum air dengan banyak. kekalkan hidrasi terutama ketika bersukan.
  2. Baca label makanan ketika membeli. Elakkan atau kurangkan makanan yang mengandungi garam (sodium chloride), MSG (monosodium glutamate dan sodium nitrate.
  3. Makanlah dengan bijak. Hadkan makanan yang mengandundi kadar oxalates yang tinggi seperti:
    • ke-kacang-an
    • soya
    • coklat
    • oat dan oat bran
    • bayam, kale, tomato dan bit.
  4. Makan buahan yang mengandungi citrus yang tinggi seperti limau dan lemon.
Image result for high oxalate foods

p/s: Anda boleh mengikut (baca:follow) page kami di FB ‘U.N.I Klinik Shah Alam’ dan juga di Twitter/Instagram @/uniklinikshahalam untuk tips-tips kesihatan.

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.

Rujukan:

https://www.webmd.com/kidney-stones/understanding-kidney-stones-prevention#2





Tanda-tanda awal kanser payudara.

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu kawan-kawan U.n.i Klinik. Harini kami nak habaq sikit pasal kanser payudara sempena bulan Oktober-bulan kesedaran kanser payudara ni.

Sambil dok santai-santai kat rumah tu, jom baca apakah tanda-tanda atau gejala awal kanser payudara.

  1. Terdapat ketulan di sekitar payudara.
  2. Keluar cecair dari payudara
  3. Warna kulit payudara menjadi merah
  4. Terasa gatal pada puting susu
  5. Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab
  6. Terasa sakit di bahagian payudara yang tidak hilang
  7. Puting masuk ke bahagian dalam
  8. Terjadi kerutan di sekitar bahagian payudara.

Lakukanlah pemeriksaan payudara di rumah secara berkala. Amalkan gaya hidup sihat. Bercakaplah dengan doktor dan lakukan pemeriksaan jika terdapat tanda-tanda awal seperti di atas.

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan / ultrasound payudara.

Sunat Cuti Sekolah

Assalamualaikum rakan-rakan U.n.i Klinik semua. Selamat berhujung minggu hehe. Oleh disebabkan slot sunat cuti sekolah mendapat permintaan yang terlampau tinggi :O, justeru kami akan menambah lagi slot sunat kami pada tarikh berkenaan:- 30/11/2019 & 7/12/2019.

Mesti ramai tertanya kenapa sunat di U.n.i Klinik terlajak laris?

✅ Dilakukan oleh Pakar Bedah yang berpengalaman dan mesra (dapat mengesan kes yang tidak boleh bersunat di klinik dan harus dihantar ke hospital)

✅ Umur seawal 7 hari sudah boleh khatan! (Lagi cepat sembuh dan senang jaga)

✅ Boleh mandi selepas khatan (kalis air)

✅ Boleh pakai seluar selepas khatan

✅ Boleh request tengok karton/movie di TV 50 inci dalam bilik khatan, adik2 mesti suka!

✅ Tidak perlu cuci luka selepas khatan dan tidak perlu buka clamp(sakit berkali2 jika begini, kesian adik2 🥺)

✅ Sistem booking teratur, anda tak perlu menunggu lama.

✅ Teknik laser dan gam, TANPA JAHITAN atau CLAMP- lebih cepat, kurang sakit, dan sangat sedikit pendarahan (jika ada)

✅ PERCUMA – sijil super hero

✅ Mendapat review yang baik dari ibubapa (boleh scroll testimoni sebelum ini)

TEMPAT SANGAT TERHAD

Booking hari ni dan dapatkan slot anda segera.

📞 Untuk menempah slot, boleh hubungi kami di talian 03 5885 3997 atau WhatsApp kami di 013 986 1488

Www.wasap.my/60139861488/slotkhatancutisekolah

Www.wasap.my/60139861488/slotkhatancutisekolah

Www.wasap.my/60139861488/slotkhatancutisekolah

Anda juga boleh melawat Facebook/insta page kami ‘U.n.i Klinik Shah Alam’ dan juga di Twitter @/uniklinikshahalam

Risk factor of Breast Ca. part 2

Image result for breast cancer

Hai rakan-rakan U.n.i Klinik. Tempoh hari kami ada berkongsikan faktor-faktor yang meningkat risiko seseorang mendapatkan kanser payudara. Hari ini kami nak sambung sedikit je lagi.

Antara faktor-faktor yang boleh diubah termasuklah seperti:

  1. Tidak cergas. Perempuan yang kurang bersenam mempunyai risiko yang lebih tinggi.
  2. Mempunyai berat yang berlebihan (overweight) atau obese selepas menopause.
  3. Pengambilan hormon. Beberapa jenis terapi seperti HRT: hormone replacing therapy atau beberapa jenis bentuk pil perancang, boleh meningkatkan risiko.
  4. Minum alkohol.
  5. Merokok
  6. Pendedahan kepada radiasi
  7. Bekerja shift malam.

p/s: sekiranya anda ingin bercakap dengan Dr. wanita mengenai risiko kanser payudara, perlukah anda menjalani pemeriksaan ‘screening’ dan bilakah waktunya sekiranya perlu? Simptom-simptom atau bagaimana ingin membuat pemeriksaan payudara dengan betul, anda boleh datang ke U.n.i Klinik dan berbual dengan Dr.Rugaiyah.

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.

What can increase risk of getting breast cancer?

Salam hari Ahad rakan-rakan U.n.i. Oleh kerana bulan Oktober adalah bulan kesedaran kanser payudara jadi kami di U.n.i Klinik akan bercakap serba sedikit tentang kanser payudara. Ayuhlah!

Kami akan bahagikan TIPS ini kepada beberapa Siri jadi stay tuned ye!

Setelah banyak kajian yang dilakukan, saintis telah menemukan beberapa faktor yang meningkatkan risiko kanser payudara. Faktor-faktor ini terbahagi kepada dua yakni faktor yang boleh diubah dan juga tidak boleh kita ubah.

Apa faktor yang tak boleh diubah tu?

Contoh faktor yang tak boleh diubah adalah seperti:-

  1. Perempuan. Ya, walaupun terdapat juga kes kanser payudara dalam kalangan lelaki, namun menjadi perempuan adalah risiko terbesar yang tidak boleh diubah. Ini kerana perempuan mempunyai sel-tissue payudara yang lebih banyak berbanding lelaki.
  2. Usia. Umur yang lebih tua adalah faktor kedua terbesar yang tidak boleh diubah. Risiko mendapat kanser payudara meningkat secara mendadak setelah wanita mencecah 40-an ke atas.
  3. Sejarah keluarga. Jika terdapat ahli keluarga yang lain yang mendapat kanser payudara (emak,kakak atau anak) ini meningkatkan lagi risiko anda.
  4. Sejarah kanser payudara di masa yang lepas. Sekiranya anda penghidap kanser payudara, risiko anda untuk mendapatkannya kembali adalah lebih tinggi berbanding populasi awam umumnya.
  5. Bangsa. Orang putih (Caucasian) lebih tinggi risiko mendapat kanser payudara berbanding bangsa lain.
  6. Terapi radiasi. Sekiranya anda pernah mendapat rawatan radioterapi sebelum ini, itu dapat meningkatkan risiko. Lebih-lebih lagi sekiranya rawatan itu dilakukan sewaktu remaja. (saat payudara membentuk)
  7. Pendedahan kepada hormon oestrogen. Sekiranya anda datang bulan pertama kali pada umur yang awal atau menopause pada umur yang sangat lewat.
  8. Kehamilan dan menyusu. Sekiranya seseorang wanita itu tidak pernah hamil dan menyusukan anak, risiko untuk mendapatkan kanser payudara adalah lebih tinggi.

Apa pula faktor yang boleh diubah??? Haaa nak tahu kena tunggu esok. Kami postkan berserta nasihat apa yang anda boleh lakukan untuk kurangkan risiko kanser payudara. Amacam??

p/s: sekiranya anda ingin bercakap dengan Dr. wanita mengenai risiko kanser payudara, perlukah anda menjalani pemeriksaan ‘screening’ dan bilakah waktunya sekiranya perlu? Simptom-simptom atau bagaimana ingin membuat pemeriksaan payudara dengan betul, anda boleh datang ke U.n.i Klinik dan berbual dengan Dr.Rugaiyah.

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.

Kelebihan bersunat daripada sudut perubatan.

Ber-‘sunat’ atau berkhatan adalah process membuang lebihan kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar. Ramai lelaki bersunat atas dasar suruhan agama.

Di Tips U.n.i hari ini, kita akan membincangkan serba sedikit tentang kelebihan bersunat daripada sudut perubatan. Ayuhlah!

  1. Bersunat dapat mengurangkan jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
  2. Dapat mengurangkan risiko penyakit bawaan seks. (sexually transmitted disease-STDs)
  3. Melindungi daripada kanser penis dan mengurangkan risiko kanser serviks pada pasangan.
  4. Mengelakkan daripada terkena radang di kepala zakar (balanitis & balanoposthitis)
  5. Mengelakkan daripada berlakunya ‘phimosis‘ (kulup tidak boleh kebelakang) atau ‘paraphimosis‘ (kulup tidak boleh kembali ke tempat asal setelah kebelakang).
  6. Berkhatan juga memudahkan anak lelaki membersihkan kepala zakar.

Sepertimana prosedur pembedahan, bersunat membawa beberapa risiko kecil seperti sakit, risiko pendarahan dan jangkitan di tempat potongan kulit. Namun begitu, risiko ini sangat kecil lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi perubatan.

p/s : Di U.n.i Klinik Shah Alam, kami menyediakan khidmat berkhatan bagi anak-anak lelaki. Prosedur ini dilakukan dengan menggunakan teknologi terbaru oleh Pakar Bedah yang berpengalaman luas.

Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk membuat temujanji kerana tempat adalah terhad.

Bagi bakal-bakal ibu diluar sana, pernahkah anda tertanya mengapa doktor memesan ujian ultrasound scan untuk anda? Apakah kepentingan atau sebab-sebab seseorang itu memerlukan ‘scan’? Di Tips U n I hari ini kami akan berceritakan serba sedikit tentang kepentingan ultrasound dalam kehamilan. Ayuhlah!

Di trimester pertama (12 minggu awal), ujian ultrasound mungkin dilakukan untuk:

  1. mengesahkan kehamilan
  2. menyemak degupan jantung (heartbeat) janin
  3. menentukan umur kandungan dan mengira due date
  4. menentukan sekiranya kandungan adalah kembar
  5. memeriksa placenta, rahim, ovari dan juga serviks.
  6. men-diagnose kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy) atau keguguran.

Pada trimester kedua(minggu 12-24) dan ketiga (minggu 24-40). ultrasound mungkin dilakukan oleh doktor bagi:

  1. memeriksa tumbesaran kandungan dan posisi janin. (breech,transverse, cephalic or optimal)
  2. menentukan jantina bayi
  3. mengesahkan bilangan kandungan
  4. meneliti uri jika ia bermasalah
  5. memeriksa kandungan sekiranya terdapat ciri-ciri Down Syndrome
  6. memeriksa sekiranya terdapat kecacatan pada janin
  7. memeriksa aliran darah ke kandungan
  8. mengawal volume air amniotik
  9. memeriksa sekiranya bayi mendapat oksigen yang cukup
  10. mengira panjang serviks
  11. mengesahkan kematian dalam kandungan.

Terdapat pelbagai jenis ultrasound yang biasa dilakukan dalam kehamilan.Tidak semua ibu akan mendapat bilangan ultrasound yang sama. Doktor akan memberitahu kepada para ibu sekiranya ultrasound diperlukan. Rata-rata para ibu hanya mendapat 1-2 ultrasound sepanjang kehamilan bagi kandungan yang sihat.

Bagi bakal ibu atau bapa yang sedikit teruja, mereka boleh melakukan scan tambahan seperti scan 3D/4D untuk melihat wajah kandungan dengan lebih jelas. Kajian menunjukkan scan 3D/4D adalah selamat untuk dilakukan.

p/s: Di U.n.i Klinik Shah Alam kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh kepada ibu mengandung seperti antenatal check-up & consultation, scan 2D, 3D, 4D & 5D, ujian urine dan pemeriksaan darah ibu mengandung. Buku mengandung juga boleh dibuka diklinik kami! Yeay! 😀

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.