Lagi seminggu nak pergi temu duga, lagi dua hari nak jumpa Mak Mertua, hah sekejap lagi muncullah dia. Tak habis-habis asyik nak menjatuhkan air muka kita T.T Siapa dia tu? Tak lain tak bukan jerawat.
Jadi di TIPS for U and I harini, kami nak berkongsi sedikit rawatan asas untuk masalah jerawat yang tidak begitu teruk.
Ayuhlah!
Rawatan masalah jerawat berbeza-beza bergantung kepada tahap keterukan. Masalah jerawat boleh diubati dengan efektif namun seringkali memakan masa yang lama.
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat minimal:
- Jauhkan diri daripada berada di tempat lembab terlalu lama seperti sauna, dapur yang tiada pengudaraan dan iklim tropika.
- Anda boleh mencuba diet rendah glycaemic, rendah protein dan rendah tenusu. Jauhkan daripada memakan supplement protein/amino acid lebih-lebih lagi jika ia mengandungi leucine.
- Makan banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
- Jika anda merokok, berhentilah!! Nikotin menahan pengeluaran sebum yang boleh menyebabkan terjadinya whitehead dan blackhead.
- Kurangkan penggunaan minyak dan alat make-up
- Elakkan dari melakukan rawatan muka yang kasar kepada kulit.
- Jangan memandai nak sentuh dan picit jerawat. Aiiippp!
- Kajian menunjukkan pendedahan kepada cahaya matahari melalui tingkap gelas dapat membantu mengawal masalah jerawat.
Kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat sederhana, mereka boleh mendapatkan rawatan kulit (topical) seperti antiseptic wash, salicyclic acid, benzoyl peroxide dan antibiotic cream.
Berjumpalah dengan doktor atau pakar kulit sekiranya anda mempunyai masalah jerawat yang teruk atau jerawat anda tidak hilang-hilang selepas 6 minggu.
Haaa sampai situ saja untuk hari ini. Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam. Kepada semua rakan-rakan U.n.i Klinik yang beragama Islam, jom selawat ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W