Aduh-aduh batu karang! Aduh-aduh batu karang!

Anda mungkin tidak tahu, tetapi seperti juga waktu, batu karang lambat laun akan berlalu. Namun begitu, bagi mereka yang pernah mendapat sakit batu karang, seksa azab dia hanya Allah yang tahu. :'(

Jadi lebih baik mencegah daripada mengubati bukan? Percayalah, dengan pemakanan yang betul, minum air yang banyak dan pengamalan ubat yang tepat dapat mengurangkan risiko anda mendapatkan batu karang.

Antara sebab/faktor mengapa seseorang mendapatkan batu karang adalah:

  1. Jangkitan kuman buah pinggang
  2. Lebihah mineral oxalate/calcium dalam sistem badan
  3. Sejarah keluarga
  4. Obesiti
  5. Gout
  6. Sekiranya anda pernah melakukan pembedahan gastric bypass atau pembedahan usus lainya.
  7. Hipertiroidisme
  8. Penyakit buah pinggang seperti polycystic kidney disease.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko dari terkena penyakit batu karang?

  1. Minum air dengan banyak. kekalkan hidrasi terutama ketika bersukan.
  2. Baca label makanan ketika membeli. Elakkan atau kurangkan makanan yang mengandungi garam (sodium chloride), MSG (monosodium glutamate dan sodium nitrate.
  3. Makanlah dengan bijak. Hadkan makanan yang mengandundi kadar oxalates yang tinggi seperti:
    • ke-kacang-an
    • soya
    • coklat
    • oat dan oat bran
    • bayam, kale, tomato dan bit.
  4. Makan buahan yang mengandungi citrus yang tinggi seperti limau dan lemon.
Image result for high oxalate foods

p/s: Anda boleh mengikut (baca:follow) page kami di FB ‘U.N.I Klinik Shah Alam’ dan juga di Twitter/Instagram @/uniklinikshahalam untuk tips-tips kesihatan.

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.

Rujukan:

https://www.webmd.com/kidney-stones/understanding-kidney-stones-prevention#2





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *