5 FAKTA TENTANG VAPE YANG ANDA PERLU TAHU

Bagi perokok, berhenti merokok adalah hadiah yang terbaik anda boleh beri kepada diri sendiri. Hampir 1/3 kematian daripada penyakit jantung berpunca daripada asap rokok. :O

Ramai perokok pada masa kini yang beralih kepada ‘vape’ sebagai pemudah cara untuk berhenti. Namun begitu, apakah vape lebih baik daripada rokok asal? Adakah dengan menghisap vape, dapat membantu anda berhenti merokok?

Disini 5 Fakta tentang Vape yang perlu anda tahu.

  • Vaping atau e-cigarettes membakar nikotin, perasa (flavouring) dan bahan kimia yang lain untuk menghasilkan wap air. Di Amerika Syarikat, sudah tercatat beberapa kes kecederaan paru-paru kesan daripada vaping.
  • Vape tidak mengurangkan kadar konsumsi nikotin. Nikotin yang terdapat dalam vape boleh menyebabkan pengguna ketagihan dan mengalami ‘withdrawal symptom’. Nikotin juga bahan toksik yang boleh meningkatkan tekanan darah (blood pressur) dan meningkatkan penghasilan adrenaline, justeru meningkatkan denyutan nadi. Hal ini meningkatkan risiko anda mendapat serangan jantung (heart attack)
  • Vape bukanlah alat berhenti merokok yang baik. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan mereka yang menggunakan vape untuk berhenti merokok pada awalnya, akhirnya menjadi pengguna rokok tradisional dan elektonik sekaligus.
  • Vape menjadi kegilaan remaja! Satu kajian di Amerika Syarikat menunjukkan penggunaan vape dikalangan pelajar sekolah menengah meningkat 900%, dan separuh daripada mereka tidak pun pernah merokok sebelumnya. Normalisasi vape harus dihentikan dan ia harus bermula daripada orang dewasa.

Kesimpulannya, vape bukanlah alat yang bagus untuk berhenti merokok. Vape tidak kurang bahaya daripada rokok conventional. Jika anda ingin berhenti merokok dapatkanlah nasihat dan rawatan daripada doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *