
Anda mendengar berita tentang kenalan atau saudara anda yang terkena serangan jantung. Anda bimbang dan seram, justeru, tertanya apakah yang anda boleh lakukan untuk mengelak atau mengurangkan risiko terkena serangan jantung?
Disini kami akan berkongsikan tips mudah apa yang anda boleh lakukan bagi mendapatkan jantung yang lebih sihat. Ayuh!
- Kawal pemakanan anda. Tambahkan banyak buahan, sayuran, bijiran dan juga makanan yang mengandungi lemak omega-3 seperti ikan tuna/salmon. Jauhkan daripada memakan makanan yang mengandungi lemak trans. Kurangkan juga garam, lemak tepu, dan juga gula.

- Keep calm and be cool. Stress yang berlebihan dapat memberi kesan buruk kepada jantung. Carilah aktiviti yang dapat menenangkan anda daripada kesibukan/stress kerja seperti meditasi, yoga atau solat!
- Jangan sesekali merokok. Merokok adalah musuh utama jantung. Kajian menunjukkan mereka yang merokok walaupun hanya 5 batang sehari akan mengalami tanda-tanda awal sakit jantung. Berhenti sekarang! Bercakaplah dengan doktor bagi khidmat professional untuk berhenti merokok.
- Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala. Darah tinggi – kencing manis – kolesterol tinggi adalah kawan baik kepada sakit jantung.

- Berat yang berlebihan juga dapat meningkatkan risiko serangan jantung. Kurangkan berat badan dengan aktiviti sukan dan diet yang betul. Dapatkan nasihat dari doktor jika anda tidak pasti.
- Bersukanlah! Gerakkanlah badan anda dengan apa cara sekalipun mengikut kemampuan anda. Berjalan, berlari mahupun berenang. Exercise dapat membantu mengurangkan darah tinggi dan menstabilkan kadar kolesterol dalam darah.
- Anda mungkin terkejut, tetapi menyambungkan hubungan silaturrahim sesama sahabat handai dan keluarga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai banyak sokongan sosial lebih sukar mendapatkan masalah sakit jantung. It might not be too late to make a new friend huh ;).
Sekian tips-tips dari kami di U n I Klinik. Sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat tentang kesihatan jantung (cardiovascular profile) datanglah ke klinik kami tanpa segan.
Kami menawarkan pelbagai khidmat pemeriksaan kesihatan termasuk ujian darah dengan harga yang berpatutan.