Pening kepala? Alamak!! Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor??

Siapa sahaja yang tak pernah pening kepala dalam dunia ni? Baik pening kepala anda disebabkan oleh majikan mahupun isteri, disini kami akan memberi tips-tips, pening bagaimanakah yang perlu anda berwaspada. Ayuhlah!

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya pening anda:

  1. datang dengan terlalu kerap. boleh jadi anda pening lebih daripada 5-6 kali sebulan.
  2. pening yang datang dengan tiba-tiba dan terlampau sakit. Aduh!
  3. Pening yang datang dengan simptom-simpton lain seperti kebas tangan, muntah-muntah, gangguan pernafasan, kejang otot leher, gangguan percakapan, kabur penglihatan dan lain-lain.
  4. pening yang berterusan, tidak berhenti dan semakin hari semakin teruk. Boleh jadi anda terbangun daripada tidur kerana sakit.
  5. pening yang menggangu aktiviti rutin anda
  6. pening yang menyebabkan anda makan ubat tahan sakit lebih dua kali seminggu.
  7. pening yang datang selepas kecederaan di kepala
  8. ciri-ciri pening anda berubah daripada pening kebiasaannya

Berjumpa dengan doktor secepatnya sekiranya pening anda mempunyai simptom yang seram seperti berikut:

  1. pening paling sakit yang pernah anda rasakan seumur hidup.
  2. penglihatan anda hilang dan tidak pulih-pulih.
  3. Anda hilang kesedaran (pitam)
  4. Anda merasa loya dan muntah-muntah
  5. Pening yang berlarutan 72 jam tanpa henti.

Tuntasnya, pening adalah simptom yang lazim dialami oleh kebanyakan manusia di atas muka bumi ini. Namun begitu, anda haruslah berwaspada kerana pening juga boleh disebabkan penyakit yang merbahaya. Datanglah ke klinik dan bercakaplah dengan doktor sekiranya pening anda luar daripada biasa. Sekian.

p/s: Anda boleh mengikut (baca:follow) page kami di FB ‘U.N.I Klinik Shah Alam’ dan juga di Twitter/Instagram @/uniklinikshahalam untuk tips-tips kesihatan.

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *