Percayalah warga net sekalian, hidup yang lebih sihat dimulakan dengan bismillah. hehe gurau sahaja.
Langkah pertama untuk hidup lebih sihat adalah dengan mendapatkan exercise yang secukupnya. Berapa banyak ‘cukup’ tu bang?? Haa di sini, kami di U.n.i Klinik Shah Alam akan cuba menjawab persoalan tersebut.
Saranan daripada American Heart Association, menyatakan, orang dewasa seharusnya mendapatkan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti aerobic bertahap sederhana ataupun 75 minit aktiviti aerobic yang lasak.
Aktiviti aerobic bermaksud aktiviti yang dapat merancakkan kadar degupan jantung dan pernafasan. Contoh-contoh aktiviti aerobic sederhana ialah:
- berjalan cepat (sekurang-kurangnya 4km/hour)
- menari
- berkebun
- berbasikal
Contoh-contoh aktiviti aerobic lasak pula ialah:
- mendaki bukit dengan beg yang berat
- berlari
- berenang
- menari aerobic
- menggali
- skipping
Selain melakukan senaman ‘aerobic’, anda juga digalakkan untuk melakukan latihan kekuatan otot (strength training) sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk setiap kumpulan otot besar. Anda boleh menggunakan mesin, dumbbell atau berat badan anda sendiri.
Cuba untuk menyasarkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal setiap hari. Sekiranya anda ingin lebih sihat, anda boleh melakukan lebih daripada itu.
Selain itu, kurangkan masa duduk. Kajian menunjukkan, semakin lama jam anda duduk sehari, semakin tinggi risiko anda mendapatkan masalah kesihatan seperti masalah jantung, kencing manis, kanser usus dan paru-paru; dan kematian pra-matang.
Tuntasnya, mulakanlah hidup sihat dengan menjadi lebih aktif. Sekiranya anda belum mampu exercise 150 minit seminggu sekalipun, mulakanlah dengan langkah yang kecil. Kurangkan waktu duduk, berjalanlah 5-10 minit sehari untuk beberapa kali. Gunakan tangga ditempat kerja. Asalkan badan anda bergerak.
Bercakaplah dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan kronik yang menghalang anda daripada kekal aktif. There’s always something for everyone!
p/s: Anda boleh mengikut (baca:follow) page kami di FB ‘U.N.I Klinik Shah Alam’ dan juga di Twitter/Instagram @/uniklinikshahalam untuk tips-tips kesihatan.
p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.
Rujukan:
https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/expert-answers/exercise/faq-20057916