Hipotiroidisme adalah penyakit disebabkan kurangnya penghasilan hormon tiroid dalam badan. Antara gejala-gejala kurangnya hormon tiroid dalam badan adalah:
- Tidak tahan sejuk
- Sembelit
- Berat badan meningkat
- Asyik berasa letih
- Kulit menjadi kering dan kasar, muka membengkak terutama di bahagian mata
- Kemurungan
- Otot dan sendi mungkin sakit atau lemah
- Hilang selera makan, kekeliruan, kurang pergerakan.
- Jika terlampau teruk, boleh menyebabkan anda pitam.
Hipotiroidisme boleh di-diagnose daripada tanda-tanda seperti bengkak kalenjar tiroid, suhu badan yang rendah, mata bengkak & kulit kering, kurang reflex otot badan. Namun begitu, pemeriksaan boleh menjadi normal bagi sesetengah kes.
Selain daripada pemeriksaan badan oleh doktor, ujian darah juga dapat membantu bagi men-diagnose hypothyroid.
Bagi golongan yang mempunyai faktor risiko untuk penyakit tiroid, pesakit dengan paras kolesterol yang tinggi atau mereka yang mempunyai gejala seperti diatas, ujian saringan adalah digalakkan. Ini bagi mengelakkan komplikasi yang merbahaya.
p/s: Anda boleh mengikut (baca:follow) page kami di FB ‘U.N.I Klinik Shah Alam’ dan juga di Twitter/Instagram @/uniklinikshahalam untuk tips-tips kesihatan.
p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.