Bagi bakal-bakal ibu diluar sana, pernahkah anda tertanya mengapa doktor memesan ujian ultrasound scan untuk anda? Apakah kepentingan atau sebab-sebab seseorang itu memerlukan ‘scan’? Di Tips U n I hari ini kami akan berceritakan serba sedikit tentang kepentingan ultrasound dalam kehamilan. Ayuhlah!
Di trimester pertama (12 minggu awal), ujian ultrasound mungkin dilakukan untuk:
- mengesahkan kehamilan
- menyemak degupan jantung (heartbeat) janin
- menentukan umur kandungan dan mengira due date
- menentukan sekiranya kandungan adalah kembar
- memeriksa placenta, rahim, ovari dan juga serviks.
- men-diagnose kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy) atau keguguran.
Pada trimester kedua(minggu 12-24) dan ketiga (minggu 24-40). ultrasound mungkin dilakukan oleh doktor bagi:
- memeriksa tumbesaran kandungan dan posisi janin. (breech,transverse, cephalic or optimal)
- menentukan jantina bayi
- mengesahkan bilangan kandungan
- meneliti uri jika ia bermasalah
- memeriksa kandungan sekiranya terdapat ciri-ciri Down Syndrome
- memeriksa sekiranya terdapat kecacatan pada janin
- memeriksa aliran darah ke kandungan
- mengawal volume air amniotik
- memeriksa sekiranya bayi mendapat oksigen yang cukup
- mengira panjang serviks
- mengesahkan kematian dalam kandungan.
Terdapat pelbagai jenis ultrasound yang biasa dilakukan dalam kehamilan.Tidak semua ibu akan mendapat bilangan ultrasound yang sama. Doktor akan memberitahu kepada para ibu sekiranya ultrasound diperlukan. Rata-rata para ibu hanya mendapat 1-2 ultrasound sepanjang kehamilan bagi kandungan yang sihat.
Bagi bakal ibu atau bapa yang sedikit teruja, mereka boleh melakukan scan tambahan seperti scan 3D/4D untuk melihat wajah kandungan dengan lebih jelas. Kajian menunjukkan scan 3D/4D adalah selamat untuk dilakukan.
p/s: Di U.n.i Klinik Shah Alam kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh kepada ibu mengandung seperti antenatal check-up & consultation, scan 2D, 3D, 4D & 5D, ujian urine dan pemeriksaan darah ibu mengandung. Buku mengandung juga boleh dibuka diklinik kami! Yeay! 😀
p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.