Kelebihan bersunat daripada sudut perubatan.

Ber-‘sunat’ atau berkhatan adalah process membuang lebihan kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar. Ramai lelaki bersunat atas dasar suruhan agama.

Di Tips U.n.i hari ini, kita akan membincangkan serba sedikit tentang kelebihan bersunat daripada sudut perubatan. Ayuhlah!

  1. Bersunat dapat mengurangkan jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
  2. Dapat mengurangkan risiko penyakit bawaan seks. (sexually transmitted disease-STDs)
  3. Melindungi daripada kanser penis dan mengurangkan risiko kanser serviks pada pasangan.
  4. Mengelakkan daripada terkena radang di kepala zakar (balanitis & balanoposthitis)
  5. Mengelakkan daripada berlakunya ‘phimosis‘ (kulup tidak boleh kebelakang) atau ‘paraphimosis‘ (kulup tidak boleh kembali ke tempat asal setelah kebelakang).
  6. Berkhatan juga memudahkan anak lelaki membersihkan kepala zakar.

Sepertimana prosedur pembedahan, bersunat membawa beberapa risiko kecil seperti sakit, risiko pendarahan dan jangkitan di tempat potongan kulit. Namun begitu, risiko ini sangat kecil lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi perubatan.

p/s : Di U.n.i Klinik Shah Alam, kami menyediakan khidmat berkhatan bagi anak-anak lelaki. Prosedur ini dilakukan dengan menggunakan teknologi terbaru oleh Pakar Bedah yang berpengalaman luas.

Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk membuat temujanji kerana tempat adalah terhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *