What can increase risk of getting breast cancer?

Salam hari Ahad rakan-rakan U.n.i. Oleh kerana bulan Oktober adalah bulan kesedaran kanser payudara jadi kami di U.n.i Klinik akan bercakap serba sedikit tentang kanser payudara. Ayuhlah!

Kami akan bahagikan TIPS ini kepada beberapa Siri jadi stay tuned ye!

Setelah banyak kajian yang dilakukan, saintis telah menemukan beberapa faktor yang meningkatkan risiko kanser payudara. Faktor-faktor ini terbahagi kepada dua yakni faktor yang boleh diubah dan juga tidak boleh kita ubah.

Apa faktor yang tak boleh diubah tu?

Contoh faktor yang tak boleh diubah adalah seperti:-

  1. Perempuan. Ya, walaupun terdapat juga kes kanser payudara dalam kalangan lelaki, namun menjadi perempuan adalah risiko terbesar yang tidak boleh diubah. Ini kerana perempuan mempunyai sel-tissue payudara yang lebih banyak berbanding lelaki.
  2. Usia. Umur yang lebih tua adalah faktor kedua terbesar yang tidak boleh diubah. Risiko mendapat kanser payudara meningkat secara mendadak setelah wanita mencecah 40-an ke atas.
  3. Sejarah keluarga. Jika terdapat ahli keluarga yang lain yang mendapat kanser payudara (emak,kakak atau anak) ini meningkatkan lagi risiko anda.
  4. Sejarah kanser payudara di masa yang lepas. Sekiranya anda penghidap kanser payudara, risiko anda untuk mendapatkannya kembali adalah lebih tinggi berbanding populasi awam umumnya.
  5. Bangsa. Orang putih (Caucasian) lebih tinggi risiko mendapat kanser payudara berbanding bangsa lain.
  6. Terapi radiasi. Sekiranya anda pernah mendapat rawatan radioterapi sebelum ini, itu dapat meningkatkan risiko. Lebih-lebih lagi sekiranya rawatan itu dilakukan sewaktu remaja. (saat payudara membentuk)
  7. Pendedahan kepada hormon oestrogen. Sekiranya anda datang bulan pertama kali pada umur yang awal atau menopause pada umur yang sangat lewat.
  8. Kehamilan dan menyusu. Sekiranya seseorang wanita itu tidak pernah hamil dan menyusukan anak, risiko untuk mendapatkan kanser payudara adalah lebih tinggi.

Apa pula faktor yang boleh diubah??? Haaa nak tahu kena tunggu esok. Kami postkan berserta nasihat apa yang anda boleh lakukan untuk kurangkan risiko kanser payudara. Amacam??

p/s: sekiranya anda ingin bercakap dengan Dr. wanita mengenai risiko kanser payudara, perlukah anda menjalani pemeriksaan ‘screening’ dan bilakah waktunya sekiranya perlu? Simptom-simptom atau bagaimana ingin membuat pemeriksaan payudara dengan betul, anda boleh datang ke U.n.i Klinik dan berbual dengan Dr.Rugaiyah.

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *