What can increase risk of getting breast cancer?

Salam hari Ahad rakan-rakan U.n.i. Oleh kerana bulan Oktober adalah bulan kesedaran kanser payudara jadi kami di U.n.i Klinik akan bercakap serba sedikit tentang kanser payudara. Ayuhlah!

Kami akan bahagikan TIPS ini kepada beberapa Siri jadi stay tuned ye!

Setelah banyak kajian yang dilakukan, saintis telah menemukan beberapa faktor yang meningkatkan risiko kanser payudara. Faktor-faktor ini terbahagi kepada dua yakni faktor yang boleh diubah dan juga tidak boleh kita ubah.

Apa faktor yang tak boleh diubah tu?

Contoh faktor yang tak boleh diubah adalah seperti:-

  1. Perempuan. Ya, walaupun terdapat juga kes kanser payudara dalam kalangan lelaki, namun menjadi perempuan adalah risiko terbesar yang tidak boleh diubah. Ini kerana perempuan mempunyai sel-tissue payudara yang lebih banyak berbanding lelaki.
  2. Usia. Umur yang lebih tua adalah faktor kedua terbesar yang tidak boleh diubah. Risiko mendapat kanser payudara meningkat secara mendadak setelah wanita mencecah 40-an ke atas.
  3. Sejarah keluarga. Jika terdapat ahli keluarga yang lain yang mendapat kanser payudara (emak,kakak atau anak) ini meningkatkan lagi risiko anda.
  4. Sejarah kanser payudara di masa yang lepas. Sekiranya anda penghidap kanser payudara, risiko anda untuk mendapatkannya kembali adalah lebih tinggi berbanding populasi awam umumnya.
  5. Bangsa. Orang putih (Caucasian) lebih tinggi risiko mendapat kanser payudara berbanding bangsa lain.
  6. Terapi radiasi. Sekiranya anda pernah mendapat rawatan radioterapi sebelum ini, itu dapat meningkatkan risiko. Lebih-lebih lagi sekiranya rawatan itu dilakukan sewaktu remaja. (saat payudara membentuk)
  7. Pendedahan kepada hormon oestrogen. Sekiranya anda datang bulan pertama kali pada umur yang awal atau menopause pada umur yang sangat lewat.
  8. Kehamilan dan menyusu. Sekiranya seseorang wanita itu tidak pernah hamil dan menyusukan anak, risiko untuk mendapatkan kanser payudara adalah lebih tinggi.

Apa pula faktor yang boleh diubah??? Haaa nak tahu kena tunggu esok. Kami postkan berserta nasihat apa yang anda boleh lakukan untuk kurangkan risiko kanser payudara. Amacam??

p/s: sekiranya anda ingin bercakap dengan Dr. wanita mengenai risiko kanser payudara, perlukah anda menjalani pemeriksaan ‘screening’ dan bilakah waktunya sekiranya perlu? Simptom-simptom atau bagaimana ingin membuat pemeriksaan payudara dengan betul, anda boleh datang ke U.n.i Klinik dan berbual dengan Dr.Rugaiyah.

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.

Kelebihan bersunat daripada sudut perubatan.

Ber-‘sunat’ atau berkhatan adalah process membuang lebihan kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar. Ramai lelaki bersunat atas dasar suruhan agama.

Di Tips U.n.i hari ini, kita akan membincangkan serba sedikit tentang kelebihan bersunat daripada sudut perubatan. Ayuhlah!

  1. Bersunat dapat mengurangkan jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
  2. Dapat mengurangkan risiko penyakit bawaan seks. (sexually transmitted disease-STDs)
  3. Melindungi daripada kanser penis dan mengurangkan risiko kanser serviks pada pasangan.
  4. Mengelakkan daripada terkena radang di kepala zakar (balanitis & balanoposthitis)
  5. Mengelakkan daripada berlakunya ‘phimosis‘ (kulup tidak boleh kebelakang) atau ‘paraphimosis‘ (kulup tidak boleh kembali ke tempat asal setelah kebelakang).
  6. Berkhatan juga memudahkan anak lelaki membersihkan kepala zakar.

Sepertimana prosedur pembedahan, bersunat membawa beberapa risiko kecil seperti sakit, risiko pendarahan dan jangkitan di tempat potongan kulit. Namun begitu, risiko ini sangat kecil lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi perubatan.

p/s : Di U.n.i Klinik Shah Alam, kami menyediakan khidmat berkhatan bagi anak-anak lelaki. Prosedur ini dilakukan dengan menggunakan teknologi terbaru oleh Pakar Bedah yang berpengalaman luas.

Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk membuat temujanji kerana tempat adalah terhad.

Bagi bakal-bakal ibu diluar sana, pernahkah anda tertanya mengapa doktor memesan ujian ultrasound scan untuk anda? Apakah kepentingan atau sebab-sebab seseorang itu memerlukan ‘scan’? Di Tips U n I hari ini kami akan berceritakan serba sedikit tentang kepentingan ultrasound dalam kehamilan. Ayuhlah!

Di trimester pertama (12 minggu awal), ujian ultrasound mungkin dilakukan untuk:

  1. mengesahkan kehamilan
  2. menyemak degupan jantung (heartbeat) janin
  3. menentukan umur kandungan dan mengira due date
  4. menentukan sekiranya kandungan adalah kembar
  5. memeriksa placenta, rahim, ovari dan juga serviks.
  6. men-diagnose kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy) atau keguguran.

Pada trimester kedua(minggu 12-24) dan ketiga (minggu 24-40). ultrasound mungkin dilakukan oleh doktor bagi:

  1. memeriksa tumbesaran kandungan dan posisi janin. (breech,transverse, cephalic or optimal)
  2. menentukan jantina bayi
  3. mengesahkan bilangan kandungan
  4. meneliti uri jika ia bermasalah
  5. memeriksa kandungan sekiranya terdapat ciri-ciri Down Syndrome
  6. memeriksa sekiranya terdapat kecacatan pada janin
  7. memeriksa aliran darah ke kandungan
  8. mengawal volume air amniotik
  9. memeriksa sekiranya bayi mendapat oksigen yang cukup
  10. mengira panjang serviks
  11. mengesahkan kematian dalam kandungan.

Terdapat pelbagai jenis ultrasound yang biasa dilakukan dalam kehamilan.Tidak semua ibu akan mendapat bilangan ultrasound yang sama. Doktor akan memberitahu kepada para ibu sekiranya ultrasound diperlukan. Rata-rata para ibu hanya mendapat 1-2 ultrasound sepanjang kehamilan bagi kandungan yang sihat.

Bagi bakal ibu atau bapa yang sedikit teruja, mereka boleh melakukan scan tambahan seperti scan 3D/4D untuk melihat wajah kandungan dengan lebih jelas. Kajian menunjukkan scan 3D/4D adalah selamat untuk dilakukan.

p/s: Di U.n.i Klinik Shah Alam kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh kepada ibu mengandung seperti antenatal check-up & consultation, scan 2D, 3D, 4D & 5D, ujian urine dan pemeriksaan darah ibu mengandung. Buku mengandung juga boleh dibuka diklinik kami! Yeay! 😀

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.

Tips for ‘U’ n ‘i’ : OVARIAN CYSTS

Assalamualaikum & Hi,We are back with Tips for ‘U’ n ‘i’, today we are going talk about the symptoms of Ovarian Cysts. The ovaries are part of the female reproductive system. They’re located in the lower abdomen on both sides of the uterus. Women have two ovaries that produce eggs as well as the hormones estrogen and progesterone. Sometimes, a fluid-filled sac called a cyst will develop on one of the ovaries. Many women will develop at least one cyst during their lifetime. In most cases, cysts are painless and cause no symptoms. Commonly, ovarian cysts do not cause any symptoms. However, symptoms can appear as the cyst grows and may include:

Severe symptoms of an ovarian cyst that require immediate medical attention include:

Hipotiroidisme

Hipotiroidisme adalah penyakit disebabkan kurangnya penghasilan hormon tiroid dalam badan. Antara gejala-gejala kurangnya hormon tiroid dalam badan adalah:

  1. Tidak tahan sejuk
  2. Sembelit
  3. Berat badan meningkat
  4. Asyik berasa letih
  5. Kulit menjadi kering dan kasar, muka membengkak terutama di bahagian mata
  6. Kemurungan
  7. Otot dan sendi mungkin sakit atau lemah
  8. Hilang selera makan, kekeliruan, kurang pergerakan.
  9. Jika terlampau teruk, boleh menyebabkan anda pitam.

Hipotiroidisme boleh di-diagnose daripada tanda-tanda seperti bengkak kalenjar tiroid, suhu badan yang rendah, mata bengkak & kulit kering, kurang reflex otot badan. Namun begitu, pemeriksaan boleh menjadi normal bagi sesetengah kes.

Selain daripada pemeriksaan badan oleh doktor, ujian darah juga dapat membantu bagi men-diagnose hypothyroid.

Bagi golongan yang mempunyai faktor risiko untuk penyakit tiroid, pesakit dengan paras kolesterol yang tinggi atau mereka yang mempunyai gejala seperti diatas, ujian saringan adalah digalakkan. Ini bagi mengelakkan komplikasi yang merbahaya.

p/s: Anda boleh mengikut (baca:follow) page kami di FB ‘U.N.I Klinik Shah Alam’ dan juga di Twitter/Instagram @/uniklinikshahalam untuk tips-tips kesihatan.

p/ss: Hubungi kami di 03-5885397/013-9861488 untuk temujanji pemeriksaan kesihatan atau datang terus ke klinik kami di Seksyen 13 Shah Alam.

URIC ACID SCREENING TEST & GOUT TREATMENT

Asssalamualaikum & Hi, Here in U.n.i KLINIK SEKSYEN 13, SHAH ALAM, we provide the service for uric acid screening test & treatment for gout! For any inquiry, give us a call at +601398614488/03-58853977.Assalamualaikum & Hi,Di U.n.i KLINIK SEKSYEN 13, SHAH ALAM, kami menyedia akan perkhidmatan ujian saringan urik asid & rawatan untuk penyakit gout!Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian +60139861488/03-58853977

#uniklinikshahalam#uniklinikseksyen13#klinikshahalam#clinicshahalam#rawatankulit#doktorwanita#bloodpressuremonitoring#GOUT #homescreening#uniklinikdrrugaiyah#klinikshahalam#pemeriksaankesihatan#ultrasound#scanibumengandung#perkhidmatansunat#vaksin#KlinikDrRugaiyah#panelklinik#paneleMas#panelredalert#panelclinic#panelpekab40#panelhealthconnect#panelmytpa#panelmicare#weacceptDEBITCARD#weacceptCREDITCARD

Tips For ‘U’ n ‘i’ : GOUT

Assalamualaikum. We are back with Tips for U.n.I.
Today we are going to talk about The Symptoms, Risks and Remedy for Gout.

Tahukah anda tentang penyakit Gout?
Anda mula berasa tanda-tanda berikut?
Adakah anda berisiko menghidapi Gout?
Jika anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, boleh datang ke U.n.I Klinik Seksyen 13 untuk mendapatkan rawatan serta khidmat kesihatan dari doktor kami.

#uniklinikshahalam #uniklinikseksyen13 #klinikshahalam #clinicshahalam #rawatankulit #doktorwanita #bloodpressuremonitoring #GOUT #homescreening #uniklinikdrrugaiyah #klinikshahalam #pemeriksaankesihatan #ultrasound #scanibumengandung #perkhidmatansunat #vaksin #KlinikDrRugaiyah #panelklinik #paneleMas #panelredalert #panelclinic #panelpekab40 #panelhealthconnect #panelmytpa #panelmicare #weacceptDEBITCARD #weacceptCREDITCARDÂ